![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/logo_polis.jpg.transformed_100.jpg)
KAJANG: Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun akibat kerap dipaksa menghisap kemaluan pemandu van sekolahnya dalam satu kejadian di Bangi di sini, berakhir apabila lelaki itu dicekup polis malam tadi.
Perbuatan jijik suspek yang berusia 47 tahun itu terbongkar selepas seorang lagi kanak-kanak yang juga penumpang van sekolah terbabit memberitahu perkara itu kepada bapa mangsa, petang semalam.

Susulan laporan polis oleh bapa mangsa berusia 44 tahun itu diterima pihak Balai Polis Bangi pada jam 8.10 malam tadi, polis daerah Kajang menggerakkan sepasukan anggota polis dari balai berkenaan untuk mengesan suspek.
Selepas berjaya mengesan kedudukannya, suspek akhirnya berjaya ditahan kira-kira jam 9.50 malam di sebuah lokasi di Bangi, pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata suspek dipercayai sudah beberapa kali memaksa mangsa melakukan perbuatan itu dan turut dilihat pelajar lain yang menaiki van sekolah terbabit.
Katanya, pada hari kejadian, seorang rakan mangsa mengadu pada bapa mangsa yang dia ternampak rakan sebayanya itu dipaksa menghisap kemaluan suspek.
"Bapa mangsa kemudian nampak anaknya turun daripada van berkenaan dalam keadaan menangis dan ketika di dalam rumah, bapa mangsa bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian itu.
"Mangsa memberitahu suspek sudah beberapa kali memaksanya melakukan perbuatan itu selain diugut supaya tidak mengadu kepada ibu bapanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Ahmad Dzaffir lagi, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan satu kes cabul dan tiga kesalahan dadah.
"Kita menjalankan ujian saringan air kencingnya ke atas dan keputusannya negatif, suspek kini direman enam hari sehingga 31 Mei depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
Jika bersabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan disebat.