KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Kelantan bagi menghadiri majlis menerima mengadap bonda yang Dipertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota, di Kubang Kerian.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 9.35 malam tadi diiringi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibarahim.
Terdahulu pasangan itu tiba dilapangan terbang menaiki pesawat khas disambut oleh barisan kepimpinan PKR dan Pakatan Harapan Kelantan.
Beliau melakukan kunjungan pertama ke Kelantan selepas mengangkap sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Isnin lalu.
Sumber